PEMBUKA KATA

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua graduan Universiti Utara Malaysia

Wednesday, June 30, 2010

MAKLUMAN PERTUKARAN TARIKH KONVOKESYEN UUM

Majlis Konvokesyen Ke-23, Sidang Kedua, Universiti Utara Malaysia (UUM) yang dijadualkan pada 30 Oktober hingga 1 November 2010 telah DITUNDA ke 31 Oktober hingga 2 November 2010.

Pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi UNIT KONVOKESYEN, JABATAN HAL EHWAL AKADEMIK (HEA), di talian 04-928 3113/3111/3103/3116.

Pihak blog Konvokesyen memohon maaf diatas masalah ini. Terima Kasih.

8 comments:

  1. salam 1 malaysia,terima kasih di atas maklumat terbaru yg telah dihebahkan kepada kami. tapi, menurut sumber yg lain, tarikh terbaru bg konvo sidang ke-2 UUM akan ditukarkan pula kepada 31hb Okt hingga 2hb nov.jadi mana tarikh yang tepat untuk konvo tersebut?terima kasih..

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum.. betul saya dari sarawak pun nak tau juga bila tarikh sebenar konvo...
    saya dah tempah tiket awal2 makluman konvo 23-25 oktober 2010.. kemudian tukar tarikh 30-1 november 2010.. terkini pula katanya 31 - 2 november 2010.. bila sebenarnya tarikh konvokesyen ke-23 sidang kedua ni??
    kesianlah kat orang2 yang jauh sabah & sarawak yang nak booking tiket kapal terbang semangat nak bawa keluarga alih2 kena tukar tiket lagi....
    terpaksa burn tiket yang dah booking awal dulu...

    ReplyDelete
  3. hebahan terakhir dr PROUUM bertarikh 5 julai mengatakan tarikh konvo kini pada 31okt - 2nov 2010.

    memang dah ramai yg terkena bab tiket ni.. kawan2 saya pon kena, nasib baik saya tak booking tiket lagi...

    ReplyDelete
  4. Salam 1Malaysia kepada semua, untuk makluman, pihak blog Konvokesyen hanya menguar-uarkan sahaja maklumat yang dikeluarkan oleh pihak HEA dan pihak PRO. Oleh yang demikian, apabila pihak kami mendapat maklumat terkini, kami akan postkan segala maklumat terbaru di dalam web blog ini. Pihak blog konvokesyen memohon maaf di atas segala masalah dihadapi. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  5. Mengapa UUM senantiasa macam ini?? dalam jadual peperiksaan pun nak tukar 2/3 kali. keluar jadual biar tekankan akan ditukar. nak keluar jadual berapa kali ni untuk convo??

    saja minta maaf apa gunanya?? tukar tiket rm70+harga semasa tiket. 5 orang tiket berapa harga semua kalau nak tukar tiket??

    berapa student sabah sarawak ada dalam uum?? macam mana dengan international student??

    macam mana diberi gelaran universiti pengurusan??

    ReplyDelete
  6. Salam 1Malaysia LLiam, sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut, boleh menghubungi terus UNIT KONVOKESYEN, JABATAN HAL EHWAL AKADEMIK (HEA), di talian 04-928 3113/3111/3103/3116.
    Untuk pengetahuan anda, pihak blog kami hanya menyampaikan maklumat daripada portal kepada bakal2 graduan. Oleh yang demikian, apabila pihak kami mendapat maklumat terkini, kami akan postkan segala maklumat terbaru di dalam web blog ini.
    Harap anda maklum dan terima kasih.

    ReplyDelete
  7. terima kasih di atas hebahan..jika ada lagi sila hebahkan kepada kami secepat mungkin..salam 1 malaysia

    ReplyDelete
  8. masyaAllah... berubah pulak?

    tapi kat konvo.uum.edu.my
    tarikh tu tak da yg berubah poOOOn hingga hari nee... masih March 2010.
    Bukan October 2010.
    knp bnyk yg tak update mcm neee?
    hoyooo....

    ReplyDelete